MAHIR Jahit
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - ii. Kelas ini berlangsung di NADI Tambun Tulang bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi penerangan mengenai cara untuk mengupload surat apabila tidak dapat hadir ke kelas, ke dalam MTS. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan cara untuk chat bersama dengan guru dalam MTS dan guru MAHIR menerangkan alatan dan bahan yang diperlukan pada kelas seterusnya.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menggunakan sistem MTS bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: